Keluargo Den
Blog ni baru je aku buat...Selama ni xde kesempatan nak buat.( yang iyenya malas).Aku baru je bertukar balik ke Perak awal tahun ni setelah 12 tahun merantau di tempat orang. (Pahang ).Kahwin pun dengan orang sana gak. Aku lambat kawin.Tu sebab anak aku kecik lagi.Yang tua baru 2 tahun 8 bulan. Yang kedua lak dah 8 bulan. Berbalik pada cerita pasal sekolah ni, sebelum ni aku ngajor tahun 6, tapi bila tukar ke tanah kelahiran ni aku kena ngajor darjah 2..adusss...pening aku..selama 12 tahun ni aku xpenah ngajor tahap 1 ni. Nak wat camne..ajor je ler. Tapi memang aku x biasa..Aku wat cam darjah 6 je..heheheh.Sian budak2 tu.Tapi lama-lama dah 8 bulan ni aku dah mula terbiasa..Aku mula suka ngajor tahap 1.Seronok tengok gelagat dorang. Kadang2 tu ternaik gak angin aku ngn budak2 ni. Yang paling penting kena sabo je ngan dorang ni..budak kecik le katakan.
Paling best kat sekolah baru aku ni, aku dapt relaks sikit berbanding sekolah lama. Tak ngajor darjah 6 lagi. Sibuk sikit le ngajor darjah 6 ni. Dari mula posting sampai le tahun lepaih aku ngajor d6...letih rasanya.Tahun ni dapat rehat...hehehehehe.Tapi sebenarnya sama je kan. Kita sebagai pendidik ni kena ler bekerja dengan penuh dedikasi setimpal dengan gaji yang kita terima. Kalau kita ngajor lebih kurang je...jawab le kitakat "atas" nanti..So..kawan-kawan..pikirkan le sama2
Awal perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Jom..dari duduk rumah, bosan plak..”
Pertengahan perkahwinan
Isteri : “Jom kita pergi shopping”
Suami : “Abg penat la..ayang gi sendiri laa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke..”
Penghujung perkahwinan
Isteri :“Jom kita pergi shopping”
Suami : “apa shopping moping? Aku lempang kang..”
Awal perkahwinan
Isteri : “Hari ni kita makan kedai ye..”
Suami : “Ok..no problem..”
Pertengahan perkahwinan
Isteri “Hari ni kita makan kedai ye..”
Suami : “Awak tak boleh masak ke?”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Hari ni kita makan kedai ye..”
Suami : “awak nikah je la ngan mamak kedai tu..”
Awal perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abg kemas umah ye..”
Suami : “Ok..no problem..”
Pertengahan perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abg kemas umah ye..”
Suami : “Saya penat, awak ajelaa yang buat…”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abg kemas umah ye..”
Suami : “apa kata awk masak, awk kemas, awk wat summer..saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni..”
Awal perkahwinan
Isteri : “Hari jadi saya abg nak bg aper?
Suami : “Apa yg ayang inginkan..”
Pertengahan perkahwinan
Isteri : “Hari jadi saya abg nak bg aper?
Suami : “Tiap tahun saya bg..tak cukup lagi ke?
Penghujung perkahwinan
Isteri : ““Hari jadi saya abg nak b gaper?
Suami : “lempang nak..?”
Awal perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “takpe..biar abg masak”
Pertengahan perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “masak je la aper-aper jer..”
Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “baker je lar dapur tu..”